Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, March 17, 2012 | 9:06 AM | 0 Atasinchi
Hidup aku macam dah tiada makna lagi. Selama ini, dialah penguat, dialah tempat aku berpaut.
Kini, biarlah dia bahagia dengan pasangannya. Aku hanya mampu berserah.
Aku berpegang teguh dengan satu ayat 
IF YOU LOVE THE PERSON LET THE PERSON GO
IF HE COMES BACK ITS MEAN YOU ARE LUCKY.
Mana tahu, aku adalah salah seorang hamba ALLAH yang beruntung.

4 bulan berlalu. Hari jadi Hasif semakin hampir.
'Iman dia bukan milik kau lagilah.' aku mengingatkan diri aku yg lupa.
Dua tahun aku pertahankan hati, perasaan dan cinta aku ini hanya untuk insan yang bernama Izzat Hasif.
Pernah sekali dia muncul dalam mimpi aku, dia inginkan aku lagi.
Aku mendoakan kebahagiaan dia. Walaupun dia telah memberi luka besar dalam hati ini, namun aku tidak pernah lepaskan peluang untuk berdoa akan kebahagiaan dia.

Satu hari aku mendapat panggilan dari nombor Hasif.
"Assalamualaikum Iman." suara perempuan.
"Waalaikummussalam."
"Iman ni saya izati perempuan yang dengan Hasif hari tu."
"Ada apa ?" tiada nada mesra dalam percakapan aku.
"Saya nak mintak maaf, sebenarnya saya bukanlah girlfriend Hasif yang macam hari tu die cakap. Saya hanya saudara dia. Dia cakap macam tu sebab dia sayangkan awak."
"Kalau dia sayangkan saya kenapa dia buat macam tu dekat saya?"
"Dia memang sengaja nak putus dengan awak sebab..." percakapan Izati terhenti di situ.
"Sebab apa ?" Iman tertanya-tanya.
"Sebab dia ade penyakit. Dia menghidap kanser otak."
Ya Allah sesungguhnya engkau maha besar. Dugaan apa lagi ini Ya Allah.
"Iman, Hasif perlukan awak sekarang."

Cuti sem aku dihabiskan dengan perjalananku ke Perlis. Demi orang yang aku cintai. Aku sanggup.
Dia dah tak ingat aku. Aku rindu nak dengar dia panggil aku makcik.
Doktor kata dia mungkin akan ingat tapi ingatan dia tidak akan kekal lama.
Walaupun dia menganggap aku seperti orang asing tetapi aku tidak mengambil hati. Aku faham keadaan dia. Setelah empat hari aku menjaga dia di hospital, pada suatu pagi dia terjaga lebih awal dari aku.
Dia tersenyum memandang aku. Senyuman seperti hari pertama aku mengenali dirinya.
"Makcik."
Serentak itu juga air mata aku gugur.
"Pakcik dah ingat saya ?"
"Kan saya simpan awak dalam hati saya bukan dalam otak saya. Tentulah saya ingat awak."
Terima kasih Ya Allah.
Dia menjalani pembedahan. Walaupun dia selamat tetapi ingatan dia tak dapat diselamatkan.
Aku tetap bersyukur hati dia dapat diselamatkan. Sekurang-kurangnya, aku masih ada dalam hati dia.

Kini dia telah menjadi yang halal untuk aku. Alhamdulillah.
Aku tabahkan hati menerima dirinya. Walaupun aku tidak dapat memiliki Hasif yang dulu tapi aku bahagia memiliki Izzat Hasif yang sekarang.

TAMAT ~

PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Assalamualaikum . may all have a day full of barakah :)
YA Allah i love him . let us being forever until Jannah :)
_______________________________________
◕ Shout Here ◕

Put your cbox code here.

_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google