Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, March 17, 2012 | 7:48 AM | 0 Atasinchi
Izzat Hasif. Indahkan name tu. Orangnya pon indah. Iman Humairah. ketakwaan kemerah merahan .
Sesuailah rupanya dengan nama yang disandang. Perkenalan yang tidak pernah diduga oleh sesiapapun, keluarga, kawan-kawan, mahupun diri sendiri. Segalanya secara kebetulan. Berjumpa secara kebetulan, berkenalan secara kebetulan, segalanya bermula dengan kebetulan.

"Mana pulak pergi file aku ni ? Tadi aku pegang. Haishh pocong mana pulak yang ambil ni."
Aku merungut sendirian. Tiba-tiba telefonku bergetar menandakan ada mesej masuk.

klu awk nk fail awk. Dtg library ptg ni. sy tggu.

"Nak main sorok-sorok dengan aku pulak. Siapalah yang jumpa fail aku ni. Aku pun satu. Eh, memeylah satu takkan dua pulak. Eh, bergurau pulak. haha."
Iman Humairah yang tidak pernah serius. 
Iman Humairah yang sering tersenyum.
Iman Humairah yang santai, sempoi, selamba dan segalanya.

"Ehem ehem. Lama tunggu?" seorang lelaki menegur seorang wanita.
"Daripada minggu lepas dah tunggu. Nampak tak janggut ni ?" balas wanita tersebut.
"Maafkan saya baru habis kelas tadi." aku hanya mendengus.
"Awak Iman Humairah Bt Ahmad Fuad ?" sedikit riak terkejut pada wajah aku.
fewitt. Nama penuh aku tu. Sempat lagi aku bermonolog dengan diriku.
"Em, ya saya Encik errr ..."
"Hasif. Izzat Hasif."
"Apa-apa jela. Saya nak fail saya." aku memandang hasif dengan wajah serius.
"Macam tu je awak mintak ? Mana boleh." Hasif bermain tarik tali dengan Iman.
Eh mamat ni, aku ade silat tau !
"Habis tu nak saya mintak macam mana ? melutut ?"
"Haha. Saya tak sekejam yang awak sangkakan. Nah, ambillah tapi ganjarannya saya dah ambil."
Aku bingung. "Maksud awak?"
"Saya dah ambil nombor telefon awak sebagai upah kembalikan fail ni." jawab Hasif dengan muka tidak bersalah.
"Buruk siku." balas aku sambil berlalu pergi.

Selepas hari itu, aku meneruskan rutin macam biasa. Dua hari selepas itu, ada nombor yang tidak dikenali menelefon aku.
"Hello assalamualaikum nak cakap dengan siapa?" aku memulakan bicara.
"Nak cakap dengan awaklah." kedengaran suara di hujung talian menjawab.
"Awak siapa? Do i know you ?"
"Saya budak buruk siku. Ingat tak?"
"Izzat Hasif?"
"Bagus daya ingatan awak."
"Awak nak apa?" aku malas mahu bergurau senda dengan Hasif.
"Saya nak mintak tolong ni. Saya exco untuk pengambilan pelajar baru matrix untuk bahagian hayat (biologi)
so, awak pun budak hayat kan. Saya nak mintak tolong awak sediakan sikit bahan-bahan untuk minggu orientasi nanti boleh?"
"Em, ok."
"Kalau macam tu jumpa saya dekat taman petang ni. bye"

Dari detik kebetulan itulah aku dan Hasif menjadi rapat. Bagai isi dengan kuku. 
Dari marah bertukar gurau.
Dari benci menjadi sayang.
Dari mata turun ke hati.
Hubungan kami dari hari ke hari tersangatlah rapat. Sehinggalah kami menjalinkan hubungan. Dalam erti kata zaman sekarang 'COUPLE'.
Kami saling menyayangi antara satu sama lain. Aku sering bergaduh dengannya tapi pergaduhan itu tidaklah tegang hanya kerana panggilan yang kami gunakan 'Pakcik dan Makcik'.

Sampailah hari terakhir di matrix. Aku akan jauh dengan Hasif. Lepas exam, aku berjumpa dengan dia untuk yang terakhir. Hasif hantar aku ke stesen bas. Penerbangan dia pagi esok.
Dia asal Perlis. Aku asal Melaka. Jauhnya. Terasa hati ini berat yang teramat untuk berjauhan dengannya.

"Makcik, jaga diri tau. Jangan lupakan pakcik." aku hanya mengangguk dan ketawa kecil padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu. Dia bagi aku satu kotak kecil berbalut kemas siap ada kad teddy bear. Sweetnya awak. Aku pandang dia melalui tingkap bas. Kemudian telefon aku berdering. Rupa-rupanya dia yang telefon aku. 
"Makcik saya sayang awak." air mata aku tidak boleh dibendung lagi. Aku membiarkan ia terus mengalir.
"Makcik awak janganlah nangis. Senyumlah." aku tersenyum sambil memandangnya.
"That's my girl. Janganlah nangis lagi. Nanti saya dah takde nak sapukan airmata awak.Saya sayang awak, kalau awak nangis macam mana saya nak biarkan awak balik. Nanti mak awak marah saya macam mana?"
Terkeluar juga tawaku. Ya Allah macam mana aku nak berjauhan dengan dia. Dialah yang selalu menghiburkan aku. Dialah yang sering mengeluarkan tawaku. Bas itu bergerak meninggalkan dia di belakang.

Aku membuka pemberiannya tadi. Sebentuk cincin dengan sebuah permata. Ya baru aku ingat. Aku pernah melihat cincin ini di sebuah kedai emas. Tak sangka dia belikan untuk aku. Kemudian aku membelek pula kad di atas kotak itu.

Sayang ingt lg x cincin ni ? Maksud permata atas cincin tu adalah
KAU DAN HANYA KAU . selagi hati awak masih untuk saya pakailah cincin tu. from ur Pakcik Hensem.
Sambil tersenyum aku memakai cincin itu.
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Assalamualaikum . may all have a day full of barakah :)
YA Allah i love him . let us being forever until Jannah :)
_______________________________________
◕ Shout Here ◕

Put your cbox code here.

_______________________________________
◕ Sing Along ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google